Monday 22 July 2019

Isnin- kelas Ummi penuh today..pack sgt

Kelas pack so kita puasalah sekurangnya dpt pahala time2 sibuk cm ni..

Ummi nk share sedikit hasil kerja ummi sem lepas untuk pelajar sem 2 jabatan JTMK..so ini hasilnye boleh la bantu2 skit....

SIRI POLITEKNIK: MPU 2012: PENGAJIAN ISLAM


https://www.tes.com/lessons/EEiWnxZ_dbNv3A/siri-politeknik-mpu-2012-pengajian-islam 

bolehla tgk if nk guna ngajo u kelas kursus ni..ok byr nk p kelas dl. Kelas penuh huwaaa


Friday 19 July 2019

Gambar ummi yang debab huwaa

Ni gambar ummi tempat keje..gambar yang tuannya debab terlebih berat huwaaa...cmana la..ummi xtau dh nk usaha macam mana...kena kuat semangat cayyok ummi..kurus untuk sihat..dapat berat ideal dah ok..nak bebas dr penyakit jer...takutnyaaa...huwaaaa

Ya Allah  berilah peluang untukku kembali pada bentuk asal...berat ideal...aku takit dengan penyakit yang bermacam jenis berpunca dari MAKANAN... huwaa..


Hasil buku ummi dengan kawan2

Diterbitkan tahun 2018...
Haaa ni buku umi dibawah terbitan FAjar Oxford yang ditulis oleh ummi dan kawan2..semoga buku ini menjadi rujukan utama dalam silibus untuk pelajar kolej Vokasional seluruh Malaysia. Xtaulah brapa lama silibus ini akan bertahan.Apa pun semoga perkongsian ini memberi satu sumbangan kami untuk semua pelajar dan pensyarah KV khasnya dan amnya kepada semua pembaca. Semoga buku ini juga menjadi satu pengetahuan dan penambahan ilmu untuk semua. I.allah

Kita tunggu lagi penerbitan ke2 buku ummi dan kawan2 usahakan khas untuk pelajar dan pensyarah Politeknik Malaysia pula ujung tahun ni 2019. I.allah tengah editing lagi semoga dipermudahkan semua urusan kami dan mendapat kebaikan untuk semua..aminn

RELEASE TENSION MASA REHAT (JUMAAT 19.7.2019)

Kerja opis hari-hari bertambah..so rini ummi n kwn2 INOVASI ummi amik kesempatan untuk release tention dengan makan2...Hotel Weil...takut bunyi nama hotel ini kan..tp kami dh cek..alhamdulillah HALAL JAKIM masih valid...

Ni sebahagian kenangan ummi ngn kwn2 opis ummi..
 Depan, Chek Pipah, Chek Siti, Ummi dan Chek yati 

Paling best desert kt sini best2...nnt suatu hari ummi bawa anak2 umi dan abi mai blanja kome sini ye..i.Allah jika ada kelapangan..klu tak ummi bw abi je la hihi....

sekian ummi nk siapkan pembetulan buku ummi dan kawan2 akan diterbitkan untuk tahun 2019 ini...

RENUNGAN HARI JUMAAT....

Renungan di Pagi Jumaat yg mulia ini.  Baca lah....

Dulu masa saya kecik-kecik, saya selalu dapat no 1 dalam kelas tadika dan sekolah rendah...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat 5A UPSR...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat tawaran masuk MRSM...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya..

Dulu saya dapat 8A dalam PMR...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat tawaran buat kursus medic kat Indonesia....

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Tapi bila saya buang semua keduniaan itu dan berikrar untuk turut berjuang menjadi kebanggaan Rasulullah, saya bawa beg dan merantau ke seluruh dunia, saya berhenti di Afrika untuk belajar ilmu agama dan balik ke Malaysia dengan kesan-kesan Sunnah Rasulullah di badan saya..

Semua orang mencemuh dan memandang rendah kepada saya...

"Ada ke patut budak lulusan MRSM masuk pondok?  Dah la sijil tak diiktiraf, belajar jauh-jauh sampai Afrika pulak tu? Nanti nak makan apa?  Bodohnya... Memalukan mak bapak, peluang besar jadi orang besar dilepaskan pulak...

Kata mereka...

Tapi..

Pada suatu Subuh..

Saya pergi ke masjid bersama ibu saya di mana saya merupakan imam di masjid itu...

Saya bacakan surah Abasa...

Dan sebak ketika sampai ayat.

Yaumayafirrul mar'umin akhih.....

Wa ummihi...wa Abih...

Selesai solat, semasa perjalanan pulang..

Ibu bertanya kenapa saya sebak ketika sampai di ayat itu?

Saya jelaskan...

Ayat itu menceritakan tentang huru-hara mahsyar sehinggakan seorang insan itu akan lari daripada saudaranya...

Ibunya...

Ayahnya....

Isterinya..

Anak-anaknya...

Saya katakan..

Di dunia ini, bila kita jadi kaya, orang puji kononnya kita berjaya...

Bila kita gunakan dunia untuk mengejar akhirat, orang akan kata kita gila..

Sedangkan di mahsyar nanti, semua "kata-kata orang" tu langsung tak
bernilai kerana ibu, bapa, anak, isteri, saudara yang di dunia ni sangat rapat dengan kita pun, kelak di mahsyar mereka aka saling melarikan diri daripada berjumpa kerana takut dituntut......

Maka saya sebak kerana saya risaukan apa keadaan saya di mahsyar kelak...

Pujian orang ramai selama berbelas-belas tahun tu langsung tak bagi manfaat pada saya...

Kejian selama bertahun-tahun kerana mengorbankan dunia demi agama juga  tak bagi mudarat pada saya..

Lalu kenapa manusia masih mengejar pujian orang ramai dan takut dengan celaan mereka?

Ibu sekali lagi memeluk saya, tersenyum sambil menangis dan berkata....

"Sejuk perut mama dapat anak macam bangcik..."

Maka itulah kali pertama dalam hidupku saya berasa sangat gembira akan "pujian" ibuku...

Pelbagai pencapaian demi pencapaian yang saya dapat DULU, saya tidak pernah merasa gembira seperti ini walaupun dulu juga saya dipeluk cium ibu dan dipuji....

Wahai hamba Allah...

Apa sebenarnya yang kalian kejar?

Apa pula sebenarnya yang kejar kalian?

Mengapa kalian masih mengejar pujian sia-sia manusia...

Sedangkan malaikat maut pula tidak pernah lelah siang malam mengejar kalian?

Wahai  saudaraku...

Apakah kalian sedar nafas kalian hanya berbaki beberapa lagi?

Sebelum lubang kubur kalian akan digali?

Apa yang aku dan kalian ada.. untuk Allah dan Rasul bangga?

self-reminder

Masalah KITA yg masih bernyawa ni....dah ambik bekal kah belum...atau masih leka dengan mainan2 sekeliling kita.....

Bak kata kalam saiyidina Ali r.a...."Hidup di dunia ini ramai yg terlena, akhirat nanti baru terjaga."

Jangan kita masuk dalam golongan yg "ramai" tu....sebab yg ramai tu kononnya 'normallah' di akhir zaman ni...

Masuklah dlm golongan yg sedikit...sbb yg sedikit itu akan masuk syurga... selama2nya...
"pesanan utk KITA...saya sekali yg banyak dosa ni"

sgt memberi keinsafan
  
Sebarknlah, x perlu nk sebar ke 20 org,40 org mahupn 100 org.

Sebar je seikhlas
hati demi secubit keinsafan diri.
Semakin hampir kita ke Alam Barzakh
Peringatan utk diri sy juga dan sahabat semua....
Bacalah dengan hati yang lapang:

Sesibuk kita di pagi hari..
Dengan pelbagai urusan kehidupan kita..
Yang mencari nafkah..
Menguruskan keluarga..
Menguruskan anak-anak..

Renungi wajah anak-anak kita..
Siapa dari kalangan mereka yang akan menguruskan kita..?

Bila kita dah uzur dan tua..
Bila kita tak mampu mandi sendiri..
Siapakah yang sudi memandikan tubuh kita nanti..?

Bila kita tidak lagi mampu ke tandas..
Siapa yang sudi mencemarkan tangannya dalam memuliakan kita nanti..?

Bila kita tak mampu menyuapkan makan ke mulut sendiri..

Siapakah yang akan bermanja-manja memberi suapan sepenuh hati..?

Di saat kita sakit sakit tak kunjung henti..
Siapakah dari anak-anak kita yang sudi berkhidmat membawa kita ke hospital & klinik hari demi hari..?

Dan..
Di saat kita berhenti menghela nafas yang terakhir..
Siapakah yang arif dalam adab menguruskan kematian kita nanti..?

Siapakah yang bersungguh memandikan jenazah kita nanti..?

Siapakah yang akan menjadi imam bagi solat jenazah kita nanti..?

Siapakah yang akan mengusung keranda kita ke liang lahad kita nanti..?

Siapakah yang turun ke liang lahad menyambut jenazah kita, serta merebahkan tubuh ini dengan penuh berlemah lembut dan penuh rasa kasih di hati..?

Siapakah yang terus menerus mendoakan kita saat kita sunyi di dalam kubur nanti..?

Siapakah dari anak-anak kita yang menjemput orang-orang 'alim dan soleh ke rumah mereka untuk majlis-majlis mendoakan kita yang sedang terbaring di dalam kubur..

Siapakah dari kalangan anak-anak kita yang menjadi bekalan sebagai cahaya untuk kita di dalam kubur dan di Padang Mahsyar nanti..?

Atau mereka yang menjadi punca kita terseksa diazab di dalam kubur dan di Padang Mahsyar nanti..?

Pandanglah wajah anak-anak kita..
Siapakah mereka buat kita di 'sana'nanti..

Dan sepertimana harapan kita buat anak-anak kita, maka jadilah kita seperti  harapan yang indah buat kedua orang tua kita yang mulia..

Andai kita mampu meluangkan masa seharian lamanya di WhatsApp, untuk sebarkan mesej ini tak sampai beberapa saat pun.. Maka sebarkanlah, moga menjadi saham buat kita di akhirat nanti..

بارك الله

C&P YANG MEGINSAFKAN..

Wednesday 17 July 2019

Kekalutan Minggu ke3 pdp

Kebetulan ni ummi free skit sbb student ada program jabatan so xde kelas la petang ni.
Sempatla ummi jengah sat blog ni.

dh lama sgt2 umi x update..rini ummi nk masukkan gambar ank2 umi yang dh besar panjang semua.Masing2 ada ragam tersendiri...buat ummi pening, naik angin, jadi tiger, lion, cat pun ada hahahahaha...adusss ank2 oh ankku..

Ni video adk solat ngn abg hazim bibimyang amik video ni..teringat kt bibik banyak membantu menguruskan ank2 ummi.

Masa jalan2 ngn adik n abg hazim umi beli telefon baru, yelaa dh lama guna rosak..rosak br beli tau...
ni ms nk g keje, ank btuah nmpk baju
Ni abg haikal masa masuk KEM SMART SOLAT 2017....
Ni masa ondway nk blk kg. Masa ni "MOK" "TOK AYAH"ada lagi..rinduuu sgt2 ma (al-Fatihah)
XSEMPAT LG UMMI NK CERITA bab kesediahan ummi kehilangan ma ayah..


nnt ummi citer..okla ummi nk smbg buat keje dl..nextttt tgguu
uihh dasyat betull lama sggh x bersiaran...

Tahun 2018 lagi la..tahun tu tahun kesedihan buat kami..nnt kami ceritakan..kali ni ku nk update pembelajaran student aku untuk tahun 2019.

aku akan cuba update sekerap mungkin sebagai kenanganku..i.Allah.